logo

FX.co ★ Pelabur Tarik $14.5 bilion dari Dana Ekuiti AS

Pelabur Tarik $14.5 bilion dari Dana Ekuiti AS

Pelabur Tarik $14.5 bilion dari Dana Ekuiti AS

Menurut Bank of America Merrill Lynch, sekurang-kurangnya $14.5 bilion telah ditarik dari dana ekuiti Amerika Syarikat pada minggu berakhir 5 April. Jumlah tersebut adalah merupakan aliran keluar terbesar bagi tempoh 82 minggu.

Selepas kemenangan Donald Trump, pelabur berpusu-pusu memasuki pasaran saham AS dengan harapan bahawa janji Trump untuk mengurangkan cukai dan meningkatkan perbelanjaan infrastruktur akan meningkatkan pertumbuhan dan inflasi.

S&P 500 mencatatkan rekod tertinggi pada suku pertama 2017, tetapi menurun dengan ketara selepas Trump gagal mencetuskan reformasi rang undang-undang penjagaan kesihatan melalui Kongres.

Pada 24 Mac, pemimpin House Republikan menarik undang-undang untuk memansuhkan rang undang-undang dari dewan pertimbangan kerana ia sama sekali gagal mendapatkan sokongan di kalangan majoriti Republikan. Keadaan ini telah mencetuskan keraguan tentang kebolehan Trump untuk memenuhi kesemua ikrar kempen beliau.

Data BAML menunjukkan aliran keluar daripada dana ekuiti AS yang berterusan untuk minggu ketiga berturut-turut. Sementara itu, Eropah, Jepun dan ekuiti pasaran baru mempunyai aliran masuk bersih sebanyak $2.4 bilion.

Ekuti di pasaran baru muncul meningkat sebanyak 12.8% dalam dolar setakat tahun ini. Saham India, Mexico dan Korea meningkat lebih daripada 16% dalam dolar. Dalam pada itu, ekuiti AS naik hanya 5.8%. Aliran keluar sebahagiannya diimbangi oleh aliran masuk dalam ekuiti lain, yang berjumlah $4.7 bilion, paras tertinggi sejak 40 minggu yang lalu.

Dana bon menunjukkan prestasi lebih baik, menarik $12.4 bilion keseluruhan dan mencecah paras tinggi 8 minggu. Dana bon gred pelaburan menyaksikan aliran masuk sebanyak $6.7 bilion, terbesar dalam 8 minggu. Dana bon purata tinggi meningkat $3.1 bilion, aliran masuk pertama dalam tempoh lima minggu lalu. Dana hutang pasarab baru muncul juga telah menarik minat pelabur, dengan aliran masuk sebanyak $2.2 bilion.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan