logo

FX.co ★ PMI Pembuatan China Perlahan Pada Bulan Februari - Caixin

PMI Pembuatan China Perlahan Pada Bulan Februari - Caixin

Sektor pembuatan di China secara terus berkembang pada bulan Februari, walaupun pada kadar yang lebih perlahan, kaji selidik terbaru dari Caixin menunjukkan pada hari Isnin dengan angka bacaan PMI pembuatan adalah sebanyak 50.9.

Bacaan itu menurun dari 51.5 pada bulan Januari, walaupun ia kekal berada di atas garis boom-or-bust 50 yang memisahkan pengembangan dari penguncupan.

Secara berasingan, output berkembang dengan sederhana di tengah-tengah kenaikan kerja baru yang lebih perlahan ekoran daripada pandemik yang berlaku telah menjejaskan penjualan eksport dan prestasi pembekal.

Harga bahan mentah yang lebih tinggi dan kos pengangkutan yang lebih tinggi menyebabkan kenaikan kos input yang lebih besar. Akibatnya, harga yang dikenakan oleh pengeluar meningkat dengan mampan ekoran daripada kebanyakkan syarikat sebahagiannya memindahkan beban kos yang lebih tinggi kepada pelanggan.

Keyakinan perniagaan meningkat susulan daripada harapan pemulihan ekonomi global pada bulan-bulan yang akan datang.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan