logo

FX.co ★ 09.06.2022: JPY hilang kawalan; USD terus meningkat. Tinjauan untuk USDX, USD/JPY, AUD/USD

09.06.2022: JPY hilang kawalan; USD terus meningkat. Tinjauan untuk USDX, USD/JPY, AUD/USD

Pakar ekonomi menjangkakan inflasi tahunan adalah pada 8.3%. Jika data CPI yang akan dikeluarkan lebih rendah sedikit berbanding bulan April, ia akan menjadi isyarat kenaikan harga dalam pasaran saham. Penurunan indeks walaupun sedikit mungkin menandakan bahawa inflasi telah mencapai kemuncaknya. Dalam kes ini, kemungkinan penangguhan dalam kitaran pengetatan monetari adalah lebih tinggi. Bagaimanapun, laporan tersebut tidak mungkin membuat Fed mengubah kadar utama semasa. Selain itu, para pelabur telah pun menetapkan harga dalam kenaikan kadar seterusnya sekurang-kurangnya 50 mata asas. Mesyuarat ECB yang dijadualkan hari ini mungkin memberi kesan yang lebih besar kepada sentimen pasaran. Oleh itu, para pedagang sedang menunggu dengan debaran keputusan ECB mengenai kadar faedah dan pengetatan monetari yang bakal dikeluarkan.

Dagangan di Wall Street suram hari ini kerana pelabur kekal berhati-hati. Penjualan adalah sedikit lebih aktif. Akibatnya, semua indeks saham utama tergelincir ke zon negatif pada penutupan Rabu dan dalam sesi Asia hari ini. Saham-saham Asia dan Amerika turun, manakala hasil Perbendaharaan AS meningkat melebihi paras penting psikologi pada 3%. Harga minyak terus melambung mencapai paras tertinggi 13 minggu. Dagangan hari ini bermula pada tahap yang sama.

Dolar AS melanjutkan kenaikan di tengah-tengah ketidaktentuan pasaran dan peningkatan hasil bon kerajaan. Semalam, ia berjaya keluar dari saluran menurun. Dolar mudah mendapat tempat berikutan statusnya sebagai aset selamat dan penghindaran risiko secara relatifnya. Indeks dolar AS malah berjaya naik lebih tinggi walaupun dengan peningkatan euro. Nampaknya permintaan kekal memberangsangkan di tengah-tengah kegelisahan pasaran menjelang keluaran data penting. Euro, yang merupakan saingan utama dolar AS, tidak dapat pulih berikutan jangkaan keputusan kadar utama oleh ECB. Pada masa yang sama, trajektori dolar AS adalah jelas dalam sesi Asia hari ini. Harga berjaya meningkat kepada 102.56, bergerak secara berterusan dalam saluran menaik diantara 102.40 - 102.67.

Walaupun euro, dolar AS dan pasangan mata wang yang lain didagangkan agak sederhana, yen bergerak pantas ke tahap penting psikologi pada 135. Pada masa video ini dibuat, pasangan dolar/yen telah meningkat sebanyak 0.5%, mencapai tahap 133.68. Harga masih bergerak dalam julat urusniaga diantara 133.36 - 134.55.

Video_middle+part 01_end

Penurunannya tidak begitu ketara berikutan sentimen pasaran yang bercampur-campur dan lonjakan harga minyak ke paras tertinggi 3 bulan. Pada masa artikel ini ditulis, pasangan AUD/USD tidak bergerak jauh daripada tahap penutupan semalam pada 0.7192, dan didagangkan pada 0.7179. Namun begitu, dalam sesi Asia, harga terus turun, ia turun naik diantara tahap rintangan 0.7199 dan tahap sokongan 0.7161.

Video_middle_part 02_end

#Christinelagarde

#mesyuaratECB #bankdunia

#mesyuaratpolisi #dasarmonetari

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel