logo

FX.co ★ 16.06.2021: Pasaran menjelang keputusan kadar faedah Fed. - Tinjauan USD, USD / JPY, dan AUD / USD

16.06.2021: Pasaran menjelang keputusan kadar faedah Fed. - Tinjauan USD, USD / JPY, dan AUD / USD

Keputusan kadar faedah Rizab Persekutuan Amerika Syarikat hari ini dapat menentukan arah dolar AS serta mata wang-matawang lain bagi bulan berikutnya. Ia juga, mungkin akan menentukan trend pasaran komoditi dan ekuiti. Ia merupakan sebab untuk mengambil kira analisis sesi dagangan Asia hari ini. Teruskan bersama kami!

Pada hari Rabu, dolar AS stabil menjelang mesyuarat akhir Federal reserve yang berlangsung selama dua hari. Berdasarkan carta, indeks dolar AS pada masa ini berada pada tahap 90.500 dan cenderung untuk turun sedikit.

Hari ini, para pedagang akan menumpukan mesyuarat dua hari Federal Reserve. Pada masa yang sama, pelabur masih mencerna data makroekonomi campuran Amerika Syarikat yang menunjukkan penurunan jualan runcit sebanyak 1.3% pada bulan Mei serta peningkatan keluaran industri 0.8% dalam tempoh pelaporan yang sama. Ia merupakan sebab mengapa trend indeks dolar AS tidak mungkin berubah. Petikan harga mungkin menurun sedikit kepada 90.400 sehingga 90.350. Dalam jangka masa panjang, dolar AS boleh mengukuh.

Semalam, USD / JPY tidak berubah. Hari ini, keputusan Rizab Persekutuan AS mungkin akan menentukan trend pasangan ini. Kami menjangkakan bahawa Jerome Powell akan memberikan isyarat sama ada wajar untuk memulakan perbincangan untuk mengurangkan program pembelian.

Akibatnya, USD / JPY dijangka meningkat hingga 110.39. Tahap yang kuat ini hanya boleh ditembus jika terdapat faktor fundamental yang penting. Sekiranya harga menembusi halangan, sasaran seterusnya adalah pada tahap 111.39, yang merupakan paras terendah 21 Oktober 2018. Bagaimanapun, ini adalah mungkin jika dolar AS mengukuh selepas hasil pertemuan Federal Reserved.

Sekarang, kita beralih ke carta AUD / USD. Aussie mendekati sasaran pertama 0.7641,yang merupakan paras tertinggi 17 Disember 2020. Pasangan matawang ini mungkin mencapai sasaran di tengah-tengah kekurangan faktor positif.

Keluaran perindustrian China pada bulan Mei, adalah 8.8% berbanding ramalan 9%.

Keluaran industri di China pada ketika ini berada di bawah jangkaan pasaran, ia memberikan faktor negatif kepada ekonomi Australia. Oleh itu, aussie cenderung jatuh pada tahap tersebut.

Secara keseluruhan, pelabur harus lebih bersedia untuk berhadapan kekecewaan. Para pegawai Fed telah berulang kali berkata bahawa kenaikan inflasi adalah sementara, dan ia akan perlahan setelah permintaan terpendam dilepaskan dan masalah bekalan diselesaikan. Prospek pemulihan ekonomi adalah optimis, walaupun permintaan dan pekerjaan pengguna adalah sederhana pada dua bulan terakhir.

Sekian laporan ekonomi untuk hari ini. Terima kasih dan jumpa lagi!

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel