logo

FX.co ★ 14.06.2023: USD didagangkan ‘sendu’ menjelang mesyuarat Fed; USDX, USD/JPY, AUD/USD, NZD/USD

14.06.2023: USD didagangkan ‘sendu’ menjelang mesyuarat Fed; USDX, USD/JPY, AUD/USD, NZD/USD

Sesetengah pembuat dasar Fed menggunakan perkataan seperti ‘langkau’ dan ‘berhenti seketika’ dalam ucapan mereka. Sekali imbas, kedua-dua istilah ini tidak mempunyai perbezaan. Walau bagaimanapun, jika difikirkan ayat ‘melangkau kenaikan kadar’ adalah Langkah yang dibuat sekali sahaja. Manakala istilah ‘berhenti seketika’ mempunyai tempoh yang tidak pasti dan berpanjangan.

Walaupun Fed berhenti seketika dalam pengetatan agresif, ia tidak akan mengejutkan dolar untuk melonjak. Ini kerana pelabur telah sekian lama meletakkan harga jika berlaku senario sedemikian. Oleh itu dolar AS dijangka merosot ke paras 102 berbanding pesaing-pesaing utamanya.

Semalam, dolar AS susut ke paras 103 sebaik sahaja keluaran data inflasi. Tidak lama selepas itu, ia membuat pemulihan di tengah-tengah peningkatan nota Perbendaharaan dan penghindaran risiko. Dalam sesi Asia, dolar AS berlegar-legar dalam julat diantara 103.2–103.4.

Jika Fed menunjukkan isyarat untuk membuat satu atau dua lagi kenaikan kadar tahun ini, ia akan membantu dolar AS untuk meneruskan pertumbuhan. Sebaliknya, jika tiada isyarat kenaikan kadar, mata wang AS dan hasil bon kerajaan berkemungkinan menjunam.

Walaupun keluaran data inflasi semakin reda, pasangan dolar/yen meningkat ke 140.3, yang merupakan paras tertinggi sejak 5 Jun. BoJ akan mengadakan mesyuaratnya pada hari Jumaat. Walau bagaimanapun, pelabur dilihat tidak mengharapkan sebarang perubahan.

Ia berikutan pihak pengawal selia yang kekal komited kepada dasar monetari yang sangat longgar. Memandangkan pengetatan agresif yang dibuat Fed, yen tidak dapat meningkat. Oleh kerana jurang kadar antara Fed dan BoJ semakin melebar, yen sangat popular dalam dagangan ‘carry trade’. Kebiasaannya dalam dagangan ‘carry trade’, pelabur ‘meminjam yen’ yang mempunyai hasil rendah untuk melabur dalam aset-aset dengan hasil tinggi di tempat lain.

Senario ini menjadikan yen sangat lemah berbanding pesaingnya. Oleh itu, yen terikat daripada paras penutupan semalam, bergerak dalam julat sempit diantara 139.8–140.3. Sejak awal tahun, pasangan yen/dolar telah jatuh lebih daripada 6%.

Ditempat lain, dolar Aussie mengekalkan pergerakan menaik pada dagangan pagi. Semalam, ia dikejutkan dengan keluaran berita dari China. Pada hari Selasa, People's Bank of China bertindak mengurangkan kadarnya buat kali pertama dalam tempoh 10 bulan. Pihak pengawal selia mengambil langkah sedemikian untuk menggerakkan pertumbuhan ekonomi yang lembap.

Oleh kerana China ialah rakan dagangan utama Australia. Aussie berkembang berdasarkan prospek permintaan yang lebih tinggi untuk barangan Australia. Hari ini, selera risiko dalam pasaran saham bertambah baik, menolak Aussie ke paras 0.6788 pada akhir sesi Asia.

Walau bagaimanapun, ia gagal untuk menembusi di atas 0.6800. Percubaan beberapa kali untuk menembusi tahap tinggi ini akan menjadikan penyatuan kurang berkemungkinan. Aussie berkemungkinan akan mengekalkan dagangan dalam julat 0.6763–0.6791 menjelang mesyuarat Fed. Memandangkan ketegangan semakin memuncak, mungkin terdapat lonjakan dalam ‘volatility’, terutamanya bagi mata wang komoditi yang sensitif terhadap risiko.

Seterusnya, Kiwi turut membuat percubaan untuk berada pada paras tertinggi semalam pada 0.6195, namun gagal. Ia tidak Berjaya menembusi di atas paras 0.6170 pada akhir sesi Asia. Namun begitu, kiwi Berjaya meningkat untuk dua sesi berturut-turut. Ia bergerak dalam saluran kenaikan harga diantara 0.6142–0.6172.

Faktor yang akan menolak kiwi kebawah ialah data inflasi. Harga makanan akhirnya telah bergerak dari paras tertinggi berbilang tahun. Ia jatuh kepada 12.1% pada bulan Mei. Kini, kiwi didagangkan pada paras tertinggi 3 minggu.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel