logo

FX.co ★ 24.09.2021: USDX turun akibat data ketenagakerjaan yang berten kontradiktif; USD, USD/JPY, AUD/USD

24.09.2021: USDX turun akibat data ketenagakerjaan yang berten kontradiktif; USD, USD/JPY, AUD/USD

Hari ini, sentimen pasaran dipengaruhi oleh beberapa faktor. Pertama sekali, kebimbangan mengenai sektor pembinaan di China akhirnya reda. Federal Reserve turut menjelaskan pendiriannya mengenai dasar monetari. Namun, ketidakpastian terhadap syarikat gergasi China Evergrande dan kemungkinannya untuk muflis masih membebankan pasaran. Kami telah menganalisis kesemua faktor ini. Oleh itu, kami akan kongsikan dengan anda jangkaan kami untuk dagangan hari ini.

Semalam, indeks dolar AS merosot berikutan pembetulan. Namun, ia jatuh lebih rendah kerana data pekerjaan yang mengecewakan. Jumlah tuntutan pengangguran awal dalam program antara negeri meningkat kepada 351 ribu pengangguran dalam seminggu. Pakar ekonomi menjangkakan bacaan hanya berjumlah 320 ribu. Hari ini, indeks berusaha untuk menghapus sebahagian kerugiannya, dengan membuat peningkatan ke paras 93.16. Penganalisis percaya bahawa ia akan berakhir dengan mengimbangi semula kerugiannya, dengan naik sedikit melebihi paras 93.25 hari ini.

Pasangan dolar / yen menunjukkan tanda-tanda trend kenaikan di tengah-tengah pertumbuhan kukuh indeks saham AS semalam. Harganya naik, terutamanya setelah S&P 500 meningkat 1.21%. Pada ketika ini, pasangan matawang tersebut mungkin mencapai paras 110.65. Sekiranya tahap ini ditembusi, sasaran kedua adalah pada tahap 111.39, yang merupakan paras tertinggi pada 16 Februari 2020.

Namun, isyarat bagi pertumbuhan ini mungkin salah kerana pembetulan dalam pasaran saham masih belum berakhir. Pemulihan S&P 500 akan dilakukan apabila ia bergabung di atas 4,487 mata. Peningkatan yang memberangsangkan selama dua hari ini, hanya dilihat sebagai pembetulan setelah kejatuhan 2 hingga 20 September.

Pada hari Khamis, dolar Australia naik 45 pips. Namun, hari ini, ia turun ke paras 0.7270. Ia berlaku kerana percubaan yang telah dijangkakan sebelumnya untuk menembusi tahap rintangan. Percubaan itu ternyata tidak berjaya. Pasangan matawang ini mungkin meneruskan pergerakan menaik jika salah satu petunjuk oscillator utama bergerak ke zon positif. Dan ia dijangka berlaku tidak lama lagi. Sekiranya demikian, harga akan cuba menembusi di atas tahap rintangan 0.7340. Kemudian mungkin akan membuat percubaan untuk mendekati paras 0.7445, yang merupakan paras terendah 2 Julai.

Apa yang pasti. Apabila permintaan untuk aset berisiko mulai menurun, dolar AS yang merupakan aset selamat safe-haven akan memdapat kekuatan. Kebangkitannya sehingga boleh menolak ke bawah mata wang negara-negara membangun. Itu sahaja buat masa ini! Jangan terlepas tinjauan video kami yang seterusnya! Terima kasih dan Jumpa lagi!

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel